kami berempat abang pali, aku, noh dan
zul bertolak dari kampus padapukul 7.15 malam. Perjalanan ke kuala
perlis mengambil masa 2 jam setengah dan kami sampai sana dekat pukul
10 jugalah. Sampai sahaja kat sana , kami berjumpa telah dibawa ke
tempat dimana kayak-kayak dikumpulkan . memandangkan aku tak ada
pasangan untuk kayak so, aku duduk tepi je lah . sejujurnya ini
adalah pertama kali aku berkayak secara jarak jauh . tengah sedap
layan perasaan , ada orang dari UUM ni tegur aku , dia cakap
janganlah pendiam sangat bergaul lah dengan budak perempuan lain (
budak UUM) . hurm , bukan aku tak nak, tapi memang aku tak reti nak
bergaul sangat dengan orang yang aku tak kenal. Yang aku kenal budak
usm je lah. Lepas diorang dah pilih kayak , aku ngan noh , si zul
entah hilang kemana.kami pon makan la kat kedai yang ada kat sana ,
huhu makanan dia agak mahal la jugak . habis makan , kami bertolak ke
homestay kampong anak bukit , seyes tempat ni memang lawa bak
hangggg… kena pergi nanti… sebelum sampai abang man ada bagi tahu
homestay ni tak ada bilik, so aku pon terpaksalah tidur satu tempat
dengan mereka tanpa ada dinding. Disebabkan terlau letih sebab baru
balik daripada AIGP survey camp so, lepas aku dicampakkan bantal dan
tilam , tanpa berlengah lagi aku terus tidur. Isyak memang lewatlah
malam tu, isyak aku pukul 5 pagi, tu selamat aku terjaga , but then
aku sambung tidur balikkkk…..
pagi tu aku terjaga pukul 6.45 pagi ,
so memang aku lah yang last jawabnya dan aku rasa disebabkan aku,
geng USM lambat, hahhahaha . pagi tu hujan , memang kitaorang tak
dapat dan sempat breakfast . sampai –sampai je kat jeti, briefing
terus kayak. Partner aku ialah cik Din . dia ialah penasihat Kelab
Kenu UUM. Pangkat dia tinngi la jugak kat UUM tu. Berkayak dengan
dia banyak bagi aku ilmu dan pengalaman yang sangat berguna.
Daripada dia, aku belajar macam mana nak berkayak dengan cara yang
betul , nak pegang paddle macam mana. Banyak jugalah yang aku
belajar, Alhamdulillah . selepas 3 jam berkayak, amu mula rasa mual
tapi aku teruskan juga untuk berkayak . sampai satu saat, cik din suh
berhenti sebab dia nak muntah. So, nak tak nak , aku stop. Disebabkan
aku dah mual , aku malas dah nak kayuh , jadi, bila pegawai kastam tu
ajak naik, apa lagi aku naik lah walaupun sebenarya aku masih larat
lagi, hahahahah . lepastu , kita orang kena tukar bot , kitaorang
naik kapal nelayan , naik je kapal tu aku terus tidur sebab mual. Kat
atas tu, aku tak dapat tidur lena, tangan aku lenguh terukkkk.huhu
kat atas tu jugak aku kenal kawan baru, iaitu farah , walaupun baru
kenal , dia peramah. Kitaorang sama-sama layan perasaan tengok pulau
–pulau yang ada di sekeliling laluan kitaorang sambil makan buah
oren, huhuhu
hari kedua, aku bangun awal. Masa tu
cikgu pun dah bangun. Dalam tentative, kitaorang dijangka akan
sambung berkayak dari pantai beringin tu ke kompleks layar langkawi.
So aku pun bangun lah awal untuk bersiap. Siap kemas semua , aku pun
duduk lah kat palang yang ada kat khemah tu, masa tu abang man ,
dengan noh je yang aku nampak dah bangun , yang lain harammm. Jam
7.30 kami dah bersarapan. Menunya hanyalah bihun goreng ngan maggi
goreng je, bolehlah daripada malam tadi. Bila abang pali dengan abang
man breakfast , aku dengan noh mengambil tempat di hammock mereka,
pergh terbaik, baring dalam buayan sambil melihat pemandangan pantai
yang cantik.. dekat pukul 11. Bas bertolak ke pekan kuah. Aku dangan
geng USM tak ikut pun program diorang , sebab dah bengang dengan
jadual yang tak tersusun tuh, diorang plan nak ke pantai kuah dan
kemudian pergi ke air terjun temurun. Abang pali ajak kitaorang ikut
kawan diorang tourist guide kat langkawi ni. Walaupun kena keluar
duit sikit , tapi berbaloi gila. Destinasi pertama kami ialah melawat
kilang gamat. Disana, kami membeli ubat –ubat yang berasakan gamat.
Pengalaman menarik, dapat pegang minyak gamat yang tengah di masak
tapi tak rasa panas pun, heheh lepas tu , kitaorang pergi ke kedai
batik, kat sana aku beli sehelai batik untuk mak tersayang,hehehh.
Destinasi seterusnya ialah Kilim Geoforest Park. Tempat ini adalah
tempat paling awesome pernah aku pergi, MasyaAllah, cantik sungguh.
Sempatlah jugak kami berposing berlatarbelakangkan Kililm Geoforest
Park ni.selain tu, kitaorang juga pergi ke gua kelawar dan sangkar
ikan yang ada kat Kilim nih, aku tak tahan gelak bila dengar seorang
daripada pekerja kat sangkar ni berkomunikasi dengan pelancong
Indonesia . yang paling aku tak tahan bila dia pon nak gelak bila
dengar apa yang dia cakap, memang gelak sampai menagislah citer
dia,hahhahhahaha . sebelum balik , posing sikittt… perjalanan
seterusnya adalah ke air terjun Temurun, air terjun ni tingginya
lebih kurang 70 meter .memang cantik. Nak mandi tapi seganlah , aku
sorang je perempuann. So aku ambil keputusan tunggu je kat bawah
disebabkan hujan lebat mulai turun. Lepas mandi, kami bertolak ke
rumah kawan abang pali tu , ye kat sana aku senyap je sebab sejuk
kot kena air hujan , then bila diorang pasang cter ‘the vow’ aku
lah paling excited terus duduk depan tv,hahahha tak pandang diorang
dah segan kot kat rumah lelaki. Bila semua dah siap, kami bertolak ke
pekan kuah , shopping time, wee
. tengah shopping budak UUM call,ada emergency katanya . sampai je
kat sana , tengok-tengok, beg kitaorang bersepah, ohhh damn . angin
rebut kat sana, lepas je kemas beg , terus pergi makan kat Bamboo.
Makanan kat bamboo terbaiklah. segan bila teringat yang aku dah makan
banyak malam tuh, huhuhu .our next program is going to dataran helang
, gambar sikit ,hahahahha . lepas tu, jakuzi time . tempat ni memang
best, sebab jakuzi dia air masin dan hanya ada lima di dunia. Salah
satunya di langkawi. terbaik wokkkkk! Memang segar habis, balik
daripada tu tidur lena~
hari terakhir…
kami disuruh bersiap pada pukul 8 pagi
. last-last, acara penutupan bermula hampir jam 10 pagi , sapa tak
bengang kot… muka abang pali dah lain macam , macam kita orang tak
perasan, heheheh . pukul 11 kitaorang bertolak ke pekan kuah, kawan
abang pali yang ambil kitaorang. Mengikut tentative , semua peserta
akan balik dengan menaiki feri, but then , kita orang diberitahu ,
kitaorang akan balik menaiki kapal nelayan . bengang gila, duit dah
bayar, tapi janji entah kemana, bikinnnn…. Lastly, kitaorang balik
menaiki feri dengan duit kitaorang , budak uitm boleh pulak diorang
bagi tambang untuk naik feri, kitaorang?? Lepas letak barang dekat
jeti kuah, kitaorang pergi jalan-jalan. First palan nak naik cable
car , tapi memandangkan hujan dan tempat tersebut berkabus ,
kitaorang just pergi makan je dekat satu kopitiam ni, air abut campur
dia memang terbaik gua cakap, simple je topping dia , tapi rasa dia
memang tebaik wa cakap lu, diorang yang lain makan mee wantan dan
minum ice coffe, memang terbaik!
Pukul 3 petang , feri mula berlepas
dari jeti kuah ,semua orang just layan perasaan ,tapi bila diorang
pasang cerita idola , semua orang bantai gelak termasukklah abang man
, abang pali , noh , aku dan fahmi. Sampai kt jeti kuala perlis ,
lepak sekejap kat sana sambil menunggu driver van usm yang aku tak
ingat nama dia, sorry.. sampai abang tu, kitaorang makan laksa dulu
sebelum balik ,abang man cakap tempat tu laksa kat situ femes, so
kitaorang pun try la . kat situ pon ada juga menjual pulut panggang
, pergh sedap gila ,dah la memang aku suka pulut panggang . habis
makan , bermulalah perjalanan selama 4 jam menuju ke usm kampus
kejuruteraan. Macam biasa semua layan perasaan , heheheh.
No comments:
Post a Comment